Search This Blog

Friday, 15 October 2010

jampi ohh jampi

H A N Y E  D E N G A N  J A M P I  B O D O H  A K U  ,  A K H I R N Y E  A K U  D A P A T  J U G A K  O N L I N E !  T E R I M A  K A S I H  J A M P I!!! HAHAHAHAA!!! XD

Saturday, 9 October 2010

sedap kn?

nicetryy:

omg i could do with some of these like NOWWWWWWWWWW
omg i could do with some of these like NOWWWWWWWWWW

haha!


cat : i know in the mirror it wasn't me... it another cat that look ike me.. i know , another world is in the mirror!!!

sedap dowh !!!!!!!!!!!!
hahaa!!!

blog

ose a Follower:

Someone Likes Your Post:

Get Reblogged:

Hurtful Anon Comment:

Gain a Follower:

hahaha!!!!

Crazy Beliebers: When they hear the name Justin Bieber

Me: When I hear his name

Crazy Beliebers: When they See Justin with another girl.

Me: When I see Justin with another girl.

Crazy Beliebers: When Justin tweets

Me: When Jusitn tweets.
trying to listen to a lesson:

teacher asks me a question:

someone trying to be funny

slow moving bitches in the hallway

pop quiz

bitches whining to me about their boring life

we have homework?

HOME TIME

orang lilin la!!

Pernah x korang terfikir manusia boleh mencipta manusia..? Jangan salah faham.Sudah tentu manusia x berupaya apatah lagi memberi nyawa kepada sesuatu jasad.Hanya yang maha Esa berkuasa ke atas segalanya.Ada sesetengah manusia yang kurang akal agaknya cuba mencabar kuasa tuhan dengan menklon manusia.Tapi jangan harap la semuanya boleh berjalan lancar.Apalah bodo sangat..Macam xdok kerja lain.hahaha
Tapi di atas dasar kedegilan & ketakburan (mungkin ada sedikit kecerdikan& kekreatifan) manusia, mereka cuba juga untuk mencipta manusia walaupun tak bernyawa & tak bergerak.Contohnya macam patung² lilin artis² & tokoh² terkenal yang dipamerkan di muzium.Patung² tersebut dihasilkan dengan saiz sebenar manusia & memang menghampiri rupa sebenar figura manusia.Cuma bezanya ia diperbuat daripada lilin & tak bernyawa.
Patung lilin The Beatles
Tapi kekreatifan manusia bukan hanya setakat itu sahaja.Seorang pembuat patung & model terkenal, Ron Mueck telah melangkaui daya imajinasi manusia melalui rekaan & ciptaan patung² nya.Ron Mueck adalah seorang Australian hyper-realist sculptor (pembuat model patung realistik) yang bekerja di UK.Ciptaan patung² nya pelik & menyeramkan memang menakjubkan & merupakan satu revolusi baru dalam dunia seni.





Pada awalnya, karier beliau adalah sebagai pembuat model & boneka untuk rancangan televisyen & filem kanak-kanak.Selepas itu, beliau menubuhkan syarikat beliau sendiri di London sebagai pereka ‘photo-realistic props’ & ‘animatronics’ untuk industri pengiklanan.Tetapi beliau merasakan fotografi hanya merosakkan bentuk fizikal sebenar objek & akhirnya beliau menemui seni sebenar untuk mengekalkan figura & fizikal sebenar objek iaitu sculpture (ukiran).





Karya patung² manusia yang dihasilkan beliau sangat realistik dimana patung² tersebut telah dihasilkan dengan menggunakan silicon, acrylic & fiber glass.Ada banyak lagi gambar-gambar yg menarik..AWESOME!!!

pasal merajuk

Merajuk adalah perkara normal terutamanya bagi pasangan yang bercinta (euww! haha). Kadang-kadang memang agak susah untuk memujuk seseorang yang sukar dipujuk. So, korang boleh praktikskan cara memujuk seperti yang tertera di bawah.Hehe

#1 Memohon maaf



#2 Bagi sekuntum bunga




#3 Bagi coklat kegemaran (perempuan biasanya suka coklat.)




#4 Hadiahkan teddy bear yang bersaiz XL ataupun XXL, bergantung kepada saiz pasangan anda




dan kalau cara-cara di atas tidak berjaya, cara terakhir ni confirm berjaya..hehehe

#5 Bentukkan huruf ‘O’ dengan jari anda untuk mewujudkan perkataan ‘OLIGO’, lebih berkesan jika anda turut sama menyanyi lagu tema OLIGO.Haha





Tak percaya cara yang last tu berkesan? Sila tonton video di bawah.Hehe




peribahasa?

Kita biasa mendengar peribahasa tapi tau kah korang maksud yang tersirat di sebalik peribahasa tu? Haha layann..

Air yang dicincang tak akan putus.. Tapi..


Bagai tikus membaiki labu.. Tapi..




Cubit paha kanan, paha kiri terasa jua.. Tapi..



Biar lambat asalkan selamat.. Tapi..

pisau?

Cuba korang bayangkan, korang tengah syok layan cerita Nur Kasih, tiba-tiba ada seorang lelaki ni hiris tangan nya depan korang. Darah terpancut-pancut membasahi baju serta muka. Best tak? Pasti kita yg tengok pun terasa ngilu apatah lg kalau tangan kita sendiri yg dihiris kan? Hehe!

Wow! Memang takjub bila lelaki td boleh wat muka relek bagai melepas kentut pulak padahal tangan dah luka berdarah disebabkan hirisan td. Tapi tak mungkin la situasi sedemikian betol-betol boleh terjadi ngan korang. Maybe video yg aku nak paparkan ni je korang leh tengok mcm yg aku cakap td.
Mamat dua ekor ni wat persembahan “menghiris lengan” seiringan dengan bunyi biola. Mungkin ada di antara korang yg pernah tengok video ni. Bagi yg belum tengok, sila-silakan lah tengok. Video ni sedikit 18SG. Tidak sesuai bagi kanak-kanak yg masih dalam proses pra-matang.

Di bawah adalah video terbabit:



Ngeri tak? Kali pertama aku tengok mmg terasa ngilu mcm lengan aku pulak yg dihiris. Kali kedua tengok pun masih rasa mcm tu jgk.. Kali ketiga aku masih tak dapat tafsirkan apa yg aku rasa. Maybe ada terasa sedikit lawak di situ.hehe



* Dua orang lelaki dalam video di atas adalah magicians dari Scotland, Barry Jones & Stuart MacLeod. Mereka berdua juga dikenali sebagai “The 2 Magicians” dimana mereka cukup popular dengan silap mata mereka yg pelik, “dark and sinister performing style” dan “bloody tricks”.

air mata darah!!

“Tak usah kau menangis lagi..Walaupun keluar air mata darah sekalipun, ayam golek itu tetap kotor setelah jatuh tergolek-golek..”.hehe! Pasti korang pernah dengar ungkapan mcm tu kan? Ayat mcm tu sesuai diungkapkan selalu kepada siapa-siapa yg suka sangat nangis walaupun tanpa sebab yang kukuh..Kunun-kununnya emo la tu eh? Mau nangis sampai keluar air mata berdarah..Baru la real emo..Tak gitu? hehe
Tapi betol kah kalau kita non-stop memancutkan air mata, last-last terkeluar air mata berdarah? Macam tak waras pulak duk fikir gitu.Sepanjang aku hidup ni, tak pernah-pernah lg aku nangis (last aku nangis masa…hmm) then diselangi air mata berdarah.Kalau diselangi hingus berdarah pernah la dulu masa kecik-kecik.ehee
Tapi kadang-kadang,benda yg tak logik maybe boleh terjadi.Tak percaya? Baru kejap tadi aku aku baca kt kosmo! online.Ada satu news ni kisah budak nangis keluar air mata darah.Calvino Inman yg umurnya 15 tahun telah berjaya mencapai level the real emo bila nangis keluar air mata berdarah.hehe..Doktor-doktor pun separa mereng duk fikir mcm mana budak tu leh nangis berdarah.





Read full news here

Ni ada satu lg manusia tangis berdarah.. Kali ni perempuan pulak.Nama beliau ialah Rashida Khatoon yg berasal dari India.Molek benar la tu..Boleh bersua muka dua orang tu lpas tu sama-sama nangis berdarah.Tengok siapa yg lagi nampak ngeri masa nangis..oops! i’m soryy..

Aku rasa la kan, yg budak laki tu mesti selalu gaduh ngan awek dia..lpas tu nangis, nangis & nangis..Disebabkan selalu bergaduh,last-last kena tinggal ngan awek lalu keluarlah air mata darah beliau.Oh! sungguh tragis………!!!

leceh ker pompuan nie?

Perempuan leceh? Kenapa boleh jadi begitu? Of course yg mengatakan perempuan tu leceh tak mungkin seorang perempuan. Mesti la lelaki. Paling kurang pun pondan.Haha.. Perempuan-perempuan pula jangan la cepat melatah apabila mereka dikatakan golongan yg leceh. Maybe ada baik buruknya kelecehan korang.Hehe!

Apa yg aku cakapkan tentang kelecehan perempuan ni bukan 100% dari pengalaman yg melibatkan diri aku sendiri. Ada juga dari pemerhatian aku terhadap org lain, dari kata-kata mereka yg merasakan perempuan ni leceh.Oh ya, bukan semua perempuan itu leceh tapi kebanyakkan la. Betol kah?

- Perempuan kalau dah mandi memang akan menggunakan masa mandi dengan sebaik mungkin. Punya la lama dalam bilik air. Kalau tinggal sorang takpe jgk. Yg harunya kalau berkongsi bilik air mcm tinggal kt hostel. Leceh ke?

- Pakwe/suami ajak keluar makan or dating. Tunggu punya tunggu tak muncul-muncul. Rupa-rupanya tak siap lg ber make-up & bersiap. Tu kira ok lg. Kalau br sudah mandi lg naya yg si lelaki tu. Leceh…nya.

- Kalau pergi shopping complex or mall, kaum perempuan memang pantang nengok pakaian terutamanya kasut atau selipar. Betol tak? Mesti lepak kt kedai kasut lama-lama. Tenung merenung, tilik-menilik.. Tengok gaya mcm nak beli 10 pasang kasut. Last-last satu pun tak. Hehe..
- Suka menilik wajah. Tak kira di mana sahaja terutamanya ketika hendak pergi ke sesuatu tempat. Sampai kt kedai runcit, tengok cermin dulu. Toleh kanan, toleh kiri.. Betolkan tudung.. Lepas tu toleh balik. Kalau sorang-sorang takpe. Kalau ada kawan or teman tak pepasal jenuh si kawan tu menunggu.

- Orang lelaki tak kesah kalau pakai baju yg sama ntuk 2-3 hari tapi lain pula dengan perempuan. Pakai baju kurung setengah jam je pagi tu ntuk ke kedai. Balik je terus humban dalam bakul or mesin basuh. Petang tu nak keluar makan ngan kawan pakai baju lain pulak. Boleh tahan basuh pakaian la kalau gitu. Betol ke?

- Tak berani nak tido lewat malam. Kenapa? Takut tak kelihatan cantik keesokkan hari.Haha.. takut muka sembab la. Takut mata bengkak la. Malu org lain nengok nanti. Kalau tido lewat jgk, mesti cancel semua plan yg nak buat hari esok tu. Kalau yg suka tido lewat, mesti susah nak ajak pergi mana-mana keesokkan hari tu. Yela, macam mana nak keluar kalau muka pun bengkak semacam je. Hehe..

Betolkah apa yg aku tulis kt atas tu? Tak semua perempuan begitu. Sesetengah atau kebanyakkan la..hehe.. Tapi bagi aku, semua tu ada baik buruknya. Betol kan? Jangan bengang ngan aku pulak. Sekadar suka-suka dalam serius dalam suka.Hihi

ayam & lembu

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak ada nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, Macam mana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

bodoh la kau!

ehem2!! bende nie di tujukn khas buat TUT!!! haha! hanye lah aku yg tau....

Friday, 8 October 2010

Untuk Mak

Mak.....
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.......
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni......

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu......
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi......
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm...bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran... ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter.....
Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital.....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.......
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak......
Kiter masih ingat lagi....
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak.....?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni...
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak....!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib....
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak.....
nak cakap dengan mak.....
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong....
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih....
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk univesiti....
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,

^_^

first post......